Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Masih diberi nafas untuk meneruskan hidup menambah amal membanyakkan taubat. Sebenarnya kan, semua manusia ada cerita masing-masing, setiap hari setiap waktu. Dan memang cerita dia dan kita pasti lain. Memang corak hidup. Kalau kita pandai cari hikmah pasti dirasakan setiap perkara yang berlaku ada sebab tersendiri. Tak kisah lah perkara tu sesuatu yang baik atau buruk.
LAMBAKAN ASSIGNMENT
Serius banyak. Lebih sepuluh. Memang penat. Semester kali ni aimnya nak try grouping dengan orang lain. Saja. Nak lihat manusia, cara kerja dan eratkan hubungan. Memang banyak pengalaman. Baik, buruk. Menguji diri aku juga sebenarnya. Tapi secara peribadinya aku grouping dengan lain-lain orang bukan sebab apa, nak menolong sebenarnya. Sebab ye lah semua orang lain-lain. Ada benda yang kita lebih tahu dan kita kena tolong. Sebab nak cemerlang bukan sorang-sorang. Setiap tahun, bila masuk semester ke-2, aku terasa berat sikit. Sebab lambakan esaimen datang betul-betul bulan ramadhan dan hari raya. Aim memang tinggi la kan untuk bulan Ramadhan tu. Macam Fend dalam Contengan Jalanan. Hehe. Tapi memang banyak kerja, siang kelas, jumpa lecturer tu lecturer ni, uruskan tu uruskan ni. Dhuha pun tak konsisten. Sedih sebenarnya. Tapi memang doa la supaya setiap langkah ke sana sini tu Allah redha. Sebab kena betul kan mind set, ibadah tu luas kan.
AMANAH: TIADA YANG RINGAN
Semester kali ni kena control pengurusan kelas. Life maktab perguruan = life sekolah. Ada la 2,3 beza sikit. Even kehadiran pun macam kat sekolah, / untuk hadir, O untuk ponteng. Lebih 4 jam tak datang kelas, kena panggil. Dan classmates maktab ni bukan budak sekolah. Kalau overslept memang tak datang la. Dan itu lah keadaan yang akan menguji aku untuk semester ni. Kawan tak datang kelas......nak tandakan hadir atau kosong. Lecturer tak namapk pun. Memang ujian aku cakap. 'Kautim'. Memang best nak kautim-kautim ni, tapi kautim tu akan relate dengan amanah. Memang sesetengah orang cakap perkara ni remeh, even aku pun rasa benda ni remeh, Tapi bila masuk bab amanah memang kena strict. Nampak macam skema gila laa kan. Tapi entah, aku tak kisah pun. Asalkan buat apa yang Allah redha. Habis. Aku cakap dengan classmates yang aku akan strict sebabb ??? Antara aku cari korang atau korang cari aku kat akhirat nanti. Live well live hell you choose. ~
NIKMAT KEMUDAHAN
Alhamdulillah. Dalam sibuk uruskan kelas, didatangkan seorang penolong yang amat sefikrah. Lagi-lagi perempuan. Setiap ujian dalam uruskan kelas just say...Tarbiyah,tarbiyah.....moga Allah redho langkah kita....Hehe . Rasa tenang. Malah, dalam sibuk memikirkan hal itu ini, Allah mudahkan kefahaman dalam belajar, lagi-lagi Matematik. Sebab agak susah la if kena uruskan kelas at the same time kita tak dapat catch up pelajaran . Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
SEMUA ORANG MAHU KEBAIKAN
Tenang. Bila lihat kawan-kawan dah mula melabuhkan tudung, membesarkan bidang tudung, menurunkan 'selempang' tudung, pakai inner untuk tudung jarang, pakai handsock, pakai stokin. Alhamdulillah sebahagiannya clasmates aku. Mujahadah tu payah. Dan mereka sangat kuat untuk berubah. Salute. Semua orang mahu kebaikan dan nak tahu apa kebaikan tu. Pergi usrah. Memang ada yang pelik dengan perkataan tu. Ada yang tertanya-tanya apa ada dalam usrah tu. Iktikaf di masjid. Ada yang tanya buat apa tidur masjid tidur bilik lagi best. Ajaran sesat ke ?? Allahu Robbi~.....Bagi aku sebenarnya lagi ramai orang rasa nampak pelik, lagi tinggi hati diorang nak tahu apa bendanya tu. Dan tugas kita memang kena cerita dengan bijaksana. Sebab nak jadi baik bukan sorang-sorang. Dan kadang-kadang kita kena dengar cerita orang lain supaya tak salah tafsir dan tak salah nilai. Sebab semua orang ada cerita masing-masing kan. Jadilah pendengar yang baik di jalan dakwah ni....
CINTA PADA BUKAN WAKTUNYA SANGAT PENAT
Sharing dengan senior. Dia baru clash dengan si dia. Cerita dekat aku supaya bagi semangat kat dia sebab dia kata aku banyak baca buku. Err. Mungkin. Nampak kepenatannya. Nak tanggung kesedihan. Sebab memang susah nak lepaskan seseorang yang kita dah lama sayang, pergi. Betul. Faham perasaan tu. Nak melupakan bukan sekejap. Malah bertahun! Ujian dari Allah. Sesali kelemahan diri mengapa memulakan langkah bercinta tak tepat waktu. Dia pun merasakan kepenatan menanggung perasaan,kekecewaan..... Memang dia cakap rasa lebih tenang lepas clash tapi terasa sedihnya sebab orang yang setiap hari kita contact dah takde. Kesian melihat kepenatannya. Aku kata pada dia doa banyak222 mohon kuat dan perpisahan itu memang ada hikmah yang Allah nak tunjukkan. Hikmah buat aku, senior tu tanya, macam mana ea nak beli tudung bidang 50..?....Tetttt.....Hidayah milik Allah.
Bila senior share story, terimbau cerita lalu. Yang sememangnya berusaha untuk tidak lagi membicarakan cerita itu. Bukan apa sebenarnya, takut diri tak kuat, nak jaga hati. Harap-harap lepas ni tak ingat dah. Susah !
"menarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindahhh syurgaaa !! " : DDD
Sekian.
22092012
1.45am