The Soul

Bukalah matamu.Belajar daripada alam sekeliling.

The Haul

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Masih diberi nafas untuk meneruskan hidup menambah amal membanyakkan taubat. Sebenarnya kan, semua manusia ada cerita masing-masing, setiap hari setiap waktu. Dan memang cerita dia dan kita pasti lain. Memang corak hidup. Kalau kita pandai cari hikmah pasti dirasakan setiap perkara yang berlaku ada sebab tersendiri. Tak kisah lah perkara tu sesuatu yang baik atau buruk.

LAMBAKAN ASSIGNMENT

Serius banyak. Lebih sepuluh. Memang penat. Semester kali ni aimnya nak try grouping dengan orang lain. Saja. Nak lihat manusia, cara kerja dan eratkan hubungan. Memang banyak pengalaman. Baik, buruk. Menguji diri aku juga sebenarnya. Tapi secara peribadinya aku grouping dengan lain-lain orang bukan sebab apa, nak menolong sebenarnya. Sebab ye lah semua orang lain-lain. Ada benda yang kita lebih tahu dan kita kena tolong. Sebab nak cemerlang bukan sorang-sorang. Setiap tahun, bila masuk semester ke-2, aku terasa berat sikit. Sebab lambakan esaimen datang betul-betul bulan ramadhan dan hari raya. Aim memang tinggi la kan untuk bulan Ramadhan tu. Macam Fend dalam Contengan Jalanan. Hehe. Tapi memang banyak kerja, siang kelas, jumpa lecturer tu lecturer ni, uruskan tu uruskan ni. Dhuha pun tak konsisten. Sedih sebenarnya. Tapi memang doa la supaya setiap langkah ke sana sini tu Allah redha. Sebab kena betul kan mind set, ibadah tu luas kan.

AMANAH: TIADA YANG RINGAN

Semester kali ni kena control pengurusan kelas. Life maktab perguruan = life sekolah. Ada la 2,3 beza sikit. Even kehadiran pun macam kat sekolah, / untuk hadir, O untuk ponteng. Lebih 4 jam tak datang kelas, kena panggil. Dan classmates maktab ni bukan budak sekolah. Kalau overslept memang tak datang la. Dan itu lah keadaan yang akan menguji aku untuk semester ni. Kawan tak datang kelas......nak tandakan hadir atau kosong. Lecturer tak namapk pun. Memang ujian aku cakap. 'Kautim'. Memang best nak kautim-kautim ni, tapi  kautim tu akan relate dengan amanah. Memang sesetengah orang cakap perkara ni remeh, even aku pun rasa benda ni remeh, Tapi bila masuk bab amanah memang kena strict. Nampak macam skema gila laa kan. Tapi entah, aku tak kisah pun. Asalkan buat apa yang Allah redha. Habis. Aku cakap dengan classmates yang aku akan strict sebabb ??? Antara aku cari korang atau korang cari aku kat akhirat nanti. Live well live hell you choose. ~

NIKMAT KEMUDAHAN

Alhamdulillah. Dalam sibuk uruskan kelas, didatangkan seorang penolong yang amat sefikrah. Lagi-lagi perempuan. Setiap ujian dalam uruskan kelas just say...Tarbiyah,tarbiyah.....moga Allah redho langkah kita....Hehe . Rasa tenang. Malah, dalam sibuk memikirkan hal itu ini, Allah mudahkan kefahaman dalam belajar, lagi-lagi Matematik. Sebab agak susah la if kena uruskan kelas at the same time kita tak dapat catch up pelajaran . Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

SEMUA ORANG MAHU KEBAIKAN 

Tenang. Bila lihat kawan-kawan dah mula melabuhkan tudung, membesarkan bidang tudung, menurunkan 'selempang' tudung, pakai inner untuk tudung jarang, pakai handsock, pakai stokin. Alhamdulillah sebahagiannya clasmates aku. Mujahadah tu payah. Dan mereka sangat kuat untuk berubah. Salute. Semua orang mahu kebaikan dan nak tahu apa kebaikan tu. Pergi usrah. Memang ada yang pelik dengan perkataan tu. Ada yang tertanya-tanya apa ada dalam usrah tu. Iktikaf di masjid. Ada yang tanya buat apa tidur masjid tidur bilik lagi best. Ajaran sesat ke ?? Allahu Robbi~.....Bagi aku sebenarnya lagi ramai orang rasa nampak pelik, lagi tinggi hati diorang nak tahu apa bendanya tu. Dan tugas kita memang kena cerita dengan bijaksana. Sebab nak jadi baik bukan sorang-sorang. Dan kadang-kadang kita kena dengar cerita orang lain supaya tak salah tafsir dan tak salah nilai. Sebab semua orang ada cerita masing-masing kan. Jadilah pendengar yang baik di jalan dakwah ni....

CINTA PADA BUKAN WAKTUNYA SANGAT PENAT

Sharing dengan senior. Dia baru clash dengan si dia. Cerita dekat aku supaya bagi semangat kat dia sebab dia kata aku banyak baca buku. Err. Mungkin. Nampak kepenatannya. Nak tanggung kesedihan. Sebab memang susah nak lepaskan seseorang yang kita dah lama sayang, pergi. Betul. Faham perasaan tu. Nak melupakan bukan sekejap. Malah bertahun! Ujian dari Allah. Sesali kelemahan diri mengapa memulakan langkah bercinta tak tepat waktu. Dia pun merasakan kepenatan menanggung perasaan,kekecewaan..... Memang dia cakap rasa lebih tenang lepas clash tapi terasa sedihnya sebab orang yang setiap hari kita contact dah takde. Kesian melihat kepenatannya. Aku kata pada dia doa banyak222 mohon kuat dan perpisahan itu memang ada hikmah yang Allah nak tunjukkan. Hikmah buat aku, senior tu tanya, macam mana ea nak beli tudung bidang 50..?....Tetttt.....Hidayah milik Allah.
Bila senior share story, terimbau cerita lalu. Yang sememangnya berusaha untuk tidak lagi membicarakan cerita itu. Bukan apa sebenarnya, takut diri tak kuat, nak jaga hati. Harap-harap lepas ni tak ingat dah. Susah !

"menarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindahhh syurgaaa !! " : DDD

Sekian.
22092012
1.45am











Assalamualaikum

“Bila Ibu mula pakai tudung labuh ?”
Soalan-soalan cepumas macam tu memang selalu dituju pada Ibu . Dan waktu yang sesuai untuk ditanya adalah waktu dalam kereta time semua ada . Hehe

Kami fikir mungkin Ibu pakai tudung labuh sebab Abah suruh . Eh.                                                    Ataupun baru balik umrah ke. Haha . Mana tahu kan .

Bermulalah satu cerita ...

Waktu dulu-dulu , duduk rumah papan, security dia sangat lah longgar kann . Mana ada pagar-pagar besi , CCTV , lampu spotlite yang tiba-tiba menyala bila orang lalu . Oleh itu , tendency untuk orang masuk rumah , usha-usha tengah mandi sangat lah tinggi . Lagi-lagi rumah papan ada ruang-ruang dan lubang-lubang antara papan .

Oleh itu , untuk mengurangkan mata-mata yang selalu usha rumah Ibu kat kampung dulu , (zaman anak dara) time mandi waktu malam disarankan gelapkan bilik mandi , supaya takdak orang nampak . Gelap kan . Atuk tunggu kat luar bilik mandi .

Bila tengah-tengah mandi dalam gelap tu , tiba-tiba Ibu nampak satu mata BESARRRR tengah tengok kat Ibu . Mata apa tak tau laa . Cuakk kot . Kalau aku laa ...~~~

Besoknya , Ibu kata terus pi beli tudung labuh a.k.a mini telekung . Tak main yang bidang2 punya...Haha

                                                             *****************

Lepas kami dengar ja , memang gelak gila2 laa...HAHA, agak awkward sikit reasonnya kan .
Tapi itu tak menjadi masalah sedikit pun . Sebab akhirnya Ibu istiqomah pakai tudung labuh sampai sekarang . Sangat bagus . Ingat senang ke nak istiqomah pakai tudung labuh ni ? Perlu iman yang kuat tau kalau tak ye ye.....Hehe .
Malahan, tuntutan melabuhkan tudung tu bukan hanya selepas namapk mata BESARRR tu sahaja , HAHA ..tapi Ibu pakai sebab faham .
Faham ?
Apa tu ? Faham apa  ? ?
Faham laa,
Faham Islam .
=D




 Sekian .
Jaga diri elok-elok na..

Assalam....

Bila duduk-duduk baca novel nie , teringat pulak kawan-kawan lama dulu . Satu benda yang aku suka bila berhijrah ke sekolah lain adalah Kawan , Know what , kau akan jumpa ramai kawan dekat tempat baru *itu pun kalau kau rajin berkawan la* .

Masa lower form aku sekolah agama SMKA . So , biar aku list kan kawan-kawan yang banyak kasi inspirasi kat aku .

Afeefa , Basyirah , Zateel , Athirah , Siti Nurwani
Sebenarnya setiap kawan di atas nie ada cabang-cabang kawan-kawan yang lain yang mana tak larat nak tulis . Ramai sebenarnya .

Masa upper form aku hijrah ke SBPI . Jumpa pulak diorang yang best gila .

( The Best Dormates ! )
Qilah Mimo , Nadia , Zeyra
( Deskmates ! )
Atiqah Torres Lover , Ima , Hajar Mentor
( The Best Usrah-Mates )
Fatimah , Sue , Zu , Haiza , Ilyani

:: *The one who brings me to the world* ::
Liyana
Next hijrah ke IPG (Institut Pendidikan Guru) . Inilah mereka yang aku sayang .
Farah , Efzan , Izzah
*Kalau takde korang aku taktau nak cakap camne* =(

*See , aku dah rasa bersalah ni sebab tak tulis nama kawan-kawan yang lain . Ramai lagi sebenarnya . Sangat ramai . Minta maaf dari kejauhan sebab tak tulis nama korang . Sobs Sobs .

Oke fine . Sebenar-benar-benarnya , aku just wonder macam mana aku nak jumpa balik diorang dalam satu masa . Sebab mustahil la aku nak pi jumpa depa yang ada kat merata-rata . Mesir , Jordan . Tu belum lagi yang tengah buat preparation oversea . Yang bakal ke oversea pun ada . Yang bakal masuk U hebat-hebat pun ada .

So , so , so , so ,

Aku buat keputusan untuk satu kan korang dalam satu majlis yang mana aku boleh jumpa korang dalam satu masa . Huh .

So , aku rasa majlis tu adalah majils kahwin aku nanti...
HAHAHA

Moga dipermudahkan . Aminn~~ =)

Okey . Jaga diri sungguh-sungguh !
Salam

Salam....


Nak lepaskan lelah kat sini...

Ya Allah......
Penatnya badan........
Huhuhuuhu
Sangat penattttttt.......

Salah aku mungkin....

Astaghfirullah

Oke
Wasalam..!!

Salam.....

Tak tau nak paste kat mane yang sesuai , rasaya kat sini paling ok . Hee

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Ameen..

- Artikel iluvislam.com

Salam...


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim....

Permudahkanlah urusanku itu apabila tiba masanya nanti .
Kuatkan iman ku kala imanku goyah Ya Allah....
Kuatkan aku kuatkan aku kuatkan aku Ya Allah....

Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...

Amin Amin Amin Ya Robbal 'Alamin~~.....

:'(

Salam~.....

Salam....

petikan daripada blog Fatimah Syarha (www.sebarkanbahagia.blogspot.com)....

‘Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.’ (Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class).



Okey....Jaga diri sungguh-sungguh !
Salam....

Milik-Nya

My Photo
AIYSHAH
IPOH, PERAK, Malaysia
dr. fadzilah kamsah kata..org bertarikh 16 ni..Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu.Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat... +ini kisah benar+
View my complete profile
Powered by Blogger.

Followers