The Soul

Bukalah matamu.Belajar daripada alam sekeliling.

Showing posts with label TAFADDAL. Show all posts
Showing posts with label TAFADDAL. Show all posts

Assalamualaikum...

List To Cook....
Kena catat takut lupa...

Ini saja yang feveret...*wink*
Pengaruh AFC@ Asian Food Channel dengan MasterChef Malaysia 2

Sushi (second round)
Puding Krim Karamel (second round)
Kentang putar dengan kuah dia sekali
Pavlova
Segala jenis sauce ; mustard, black paper , dll

Sedap nyee... :D

1243
301112






Assalamualaikum.

Tiba-tiba terfikir untuk update pasal tajuk ini, maybe respon kepada berita yang tak berapa nak kecoh ni. Pasal budak yang kahwin umur 13 dan 18. Ini link berita

Tengok respon-respon orang yang baca berita tu kat ruang komen. Macam ramai plak yang sokong.
Bagi aku 60% Tak Setuju . 40% Setuju. Hehe.

Ramai yang cakap,

"Ok what, nak elak maksiat..."

Ouuu.

Ingat perkahwinan tu tujuannya nak elak maksiat je ke ?

Macam susah je kalau niat nak kahwin tu untuk elak maksiat saja. Bosan gila.

Bagi aku perkahwinan lebih daripada itu.


Gambar ini boleh menjelaskan segala-galanya. InsyaAllah.

Tapi kat sini bukan nak explain pasal maratib amal. Mungkin next time. Hehe. Hanya nak bagi buah fikiran tentang perkataan 'perkahwinan' tu.

Bagi aku kes yang budak tu macam SANGAT awal untuk kahwin.

Sebenarnya, banyak pekara yang perlu difikirkan kalau dah berfikit-fikir untuk kahwin.

Satu yang aku nak tekankan adalah bab DUIT.

Memang duit bukan segala-galanya, but then segala-galanya memerlukan duit. *Quote femes kan.

Well yeah, lain orang lain background. Ada yang memang family kaya, hidup senang. Tak kisah. Macam cerita Azura 2012. Dalam kes budak ni, laki tu kerja dengan ayah dia yang ada kebun kelapa sawit. RM1000 sebulan. Err. Boley laa. Sejujurnya aku cakap RM1000 tak cukup. Lagi-lagi si isteri baru umur 13. Tapi mungkin diorang dah ada plan yang bagus punya. Who knows kan.

Bagi aku, bila mulanya hidup berkahwin ni, persediaan dari segi kewangan memang kena mantap. Backup kena ada. Sebab susah laa kalau hari-hari dalam perkahwinan, duit yang tak cukup yang dirisaukan.

Tak rimas ke ? Nak beli barang pun takut. Takut duit tak cukup. Bukan la nak cakap materialistik ke apa. Semua nak beli. Tapi sebab aku dah tengok kawan aku sendiri yang kahwin awal. Then tiba-tiba ada emergency. Duit tak cukup. Kena tebal muka pinjam duit kat orang. Susah weh.

So, bagi aku sementara ada peluang belajar dan cari duit, rebut lah peluang tu.
Timba pengalaman hidup.
Lihat dunia sebenar.
Belajar menilai diri. Kekurangan dan kelebihan.
Tarbiyah diri untuk menjadi individu muslim yang baik sebelum ke tangga seterusnya.

Macan si isteri tu, baru umur 13. Aku bet memang dia belum tengok dunia luar lagi. Baru nak tengok kawan2 sekolah menengah. =,= "

Bukan nak kritik. Cuma memberi pandangan.

Ada yang cakap.

" Dah qada dan qadar...."

Memang.....dah tak boleh nak buat apa dah sebab dah kahwin. Takkan nak suruh berpisah pulak. Bukan.

Memang.....sudah TAKDIR mereka kahwin pada usia awal.

Kadang-kadang, kita yang pilih takdir tu. Padahal banyak lagi jalan yang boleh dipilih.


Dan suka untuk aku refresh balik apa tujuan hidup ni. Kalau kita faham betul-betul apa tujuannya, maka tindakan kita akan lebih terarah dan semuanya lillahi ta'ala.

TUJU HIDUP :

(Az-Zariyat, 51: 56)
(Al-Baqarah, 2: 30)
(Ali-'Imran, 3: 110)


Kesimpulannya, kahwin pada usia yang sangat awal zaman sekarang bukan mudah. Tapi kalau itu pilihannya, nak buat macam mana. Jangan sia-siakan umur belasan ini. Perkahwinan bukan fantasi yang semuanya indah belaka. Then you know what is life ~

Smile !

Jaga diri elok-elok.
Sekian.

1749
271112
























Assalamualaikum.

Sebenarnya kan...
Ketenangan itu bukan dikecapi apabila kita tiada kerja dan tiada aktiviti, duduk-duduk, lepak-lepak......
Sebenarnya ketenangan itu adalah apabila dalam kesibukan, kepayahan dalam menguruskan sesuatu atau kesusahan  dalam hidup, kita dapat bertindak dengan bijak, tenang dan sabar dann bergantung sepenuhnya kepada Allah Ta'ala.....

021012
114am

Kenapa ?

Salam.....


Mula-mula dulu aku tak faham gila kenapa mereka-mereka rasa malasss sangat nak naik sem baru.....kenapa ??

Dah lama-lama pikir , rasanya mungkin semua orang lain-lain background kot...Mungkin tempat belajar dia jaouhh dari family atau dia rasa pressure dengan subjects yang bakal dia face nanti...Hahaha

Kalau aku dulu malas gila nak naik sekolah sebab pressure dengan subjects berat berat belake , peraturan sekolah lagi...Kantoi betol .....= ="

Itu sekolah dulu .

Sekarang aku rasa bersemangat gila nak naik sem baru....*Sem 2 je pun baru~....Hahaha

Tak...
Bukan apa...
Sebab aku rasa banyak sangat sangat benda lagi aku belum explore....
Dan banyak benda lagi yang aku belum buat....

#Aku belum sempat nak share share banyak benda dengan kawan-kawan sefikrah

#Aku belum jumpa lagi geng geng study circle or bulatan gembira or said as usrah yang memang betul konsep bulatan bahagia. Belum jumpa lagi. Banyak faktor sebenarnya kenapa aku tak jumpa lagi bulatan gembira tu sampai sekarang...Haihh....

#Aku belum sempat nak ikut program surau sepenuhnya .
Alasan ? Keluar makan lapar lah , ada kerja lah , Siang shopping malam tak sempat gi surau......Pergh...Teruk betul aku !

Sebenarnya lepas aku baca 2-3 blog dan 1 video ni , aku tersentap gila .


blog langitilahi
blog angelwearsgucci
blog muharikah

banyak lagi lah .

Tahun 2011 ialah tahun aku jumpa dunia luar lepas 5 tahun jadi budak sekolah .
So, matlamat 2011 aku iaitu nak tengok tengok view view dah settle .
2012 adalah tahun untuk make a move...

InsyaAllah
Moga sentiasa dalam lindunganNya...
Aminn..

Okey..
Jaga diri sungguh sungguh
Salam..




Assalam .

Oyeah . Kini aku kembali untuk mengemaskini blog yang biasa-biasa sahaja ini setelah bergelumang dengan urusan-urusan yang lebih penting. Tak disangka-sangka aku baru saja menghabiskan Sem 1 aku di IPG *****(terpaksa dirahsiakan untuk keselamatan).

Lepas aku buat eksperimen , barulah aku tahu 7/10 daripada masyarakat sekeliling tidak mengetahui bahawa pelajar lepasan IPG (maktab perguruan) adalah pelajar ijazah ataupun pelajar degree yang mana selepas tamat belajar mereka berDG 41.............wakaka.*Perlu ke aku cakap benda nie...Haha.

Biarlah si penglipurlara ini memulakan kisah Sem 1 nya di IPG**** selama 6 bulan yang lepas.

Permulaan yang FREAK . Pertengahan yang COOLIO . Ending yang AWESOME .

Frankly speaking, living there is actually a damn much satisfaction and enjoyment . LOL ! Lots of Lovesss .Serious ! . Best .

*THE REST akan aku cerita dalam post seterusnya dengan satu post satu agenda*....

Hidup itu pilihan. Kita boleh pilih mana-mana yang kita suka tapi mesti ada base agama. Well yeah , bak kata Hlovate dalam Contengan Jalanan

, “There’s no such thing as ‘wrong’ in arts, provided that Islam is a given”. Maksudnya tiada yang salah dalam apa yang kita buat termasuk seni asalkan agama Islam jadi asas. Get what I mean yaa.

Kenapa aku cakap pasal pilihan ? Sebab kadang-kadang one day kita terpaksa membuat pilihan yang akan melorongkan kita ke jalan yang orang kata .. “Noboby knows except Allah” Dan bila kita dah pilih lorong itu , kita kena pujuk hati dengan ayat “Let bygone be bygone”.....Hahaha. Bunyi pilu. Bukan apa bak kata Heliza Helmi “Carilah peluang dalam kesempitan” *lebih kurang macam tu laa dia cakap.

Kesimpulannya aku nak cakap apa nieee ?

Sebenarnya aku nak cakap....

Aku seronok dengan life aku sekarang . HAHAHA.

Anda seronok dengan life anda sekarang ? Jika tidak , ceritalah kepada Tuhan. Minta padaNya petunjuk !

Tak kesah lah ke mana pun hala tuju aku dia dan kamu , utara selatan timur barat kanan kiri atas bawah , asalkan agama Islam The Way of Life nie menjadi asas , InshaAllah, you’ll find your way .

***Islam menjadi asas bermaksud ketaatan sepenuhnya kepada Allah Subhanahu waTaala .

Jaga diri sungguh-sungguh!

Salam.

salam...


Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Dua nikmat yang sering diabaikan oleh kebanyakan manusia ialah waktu sehat dan masa lapang.
(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

approximately started a month ago~

#1 Kem Keindahan BersamaMu(KBM),Penang.

#2 Open House CNY @Rumah
MB Perak.

#3 Nilai Wholesale Centre.

#4 Amin KLIA,Ops Piramid.hee.

#5 Kampung Raja,Pagoh.Banjir Oh!

#6 Blast! @Penang.

#7 Non-stop talking@Wani's House,Bota.2H1M.

#8 Glory Beach Resort,PD.4H3M.

perkara wajib:

sekian....
salam..^_~


























rindu~

salam....


rindu jadi ma'mum dgn imam yg baca Qunut Nazilah,,,,

ape bende Qunut Nazilah nih..??

Kata (an Nazilah)” ertinya: Musibah, bencana, malapetaka.
Jadi, qunut Nazilah yaitu qunut untuk mendo’akan kebaikan (kemenangan) bagi kaum
Muslimin dan mendo’akan kecelakaan (kebinasaan) bagi kaum Kafir atau Musyrik yang
menjadi musuh Islam.

lain2 info mengenai Qunut Nazilah.....


ilmu aku tak sehebat mana untuk menghasilkan post sendiri mengenai2 hukum-hakam ni...huhu..
blogwalking je untuk cari ilmu.....nanti bila dah ada ilmu byk2 boleh la nak buat post sendiri bab hukum-hakam ni...

sila lihat video ini...^^





cerita pasal Qunut Nazilah ni....

waktu zaman2 skolah agama (smka), selalu la dengar imam baca doa qunut ni...
imam-imam(student laki2) kalau baca qunut ni kdg2 feeling giler....memang touching la,,, boleh menangis kalau dengar....pada waktu tu jugak la student2 perempuan nih kecoh....

"ehh,,sape yg baca tu,,?,,touchingnye"
"weh,hari ni sape imam..?"
"ketua badar kot tu,,,"


hahaha.....
nak tau jugak sape yg baca tu...~~~

bila further study (sekolah lain)..dah makin kurang dengar Qunut Nazilah ni dibaca~
kalau kecoh2 pasal palestine,gaza...baru la aku dengar imam baca,, itu pun 1,2 je imam yang baca...sikit sgt yang tahu pasal qunut ni...
tapi..mereka yang sikit tu la yang hebat~~~,,bagus2....i like!!!

***************************************************

bila bukak fb ada saje pasal politik....wah~,kemain lagi kawan2 aku....dah pandai berpolitik...
kalau dalam group facebook lagi laaa.....

salute la sama mereka~.....walau ape2 cara pun mereka buat....

*etc: letak gamabr politik,
link website politik,
buat statement politik,

hehehe.....

aku pasti matlamat mereka sama,,chewwahh...*ye ker*...

apa2222 pun......

biar aku khatamkan buku....

'DELIMA MELAYU-ISLAM',KURANG FIKR ATAU KURANG ZIKIR, oleh USTAZ PAHROL MUHAMAD JUOI....

lepas aku khatam buku itu,,,doa2 aku dapat simpulkan sesuatu.....

ok,,salam~


salam...~


aku nak bgitau jek...tadi aku lulus~....ujian komputer utk dpt lesen L....
cemerlang kot....~46...ok la tu kn....haha
tapi ade cerita la sket td....

aku gune ejen,means ejen tu akan ambil aku...
so,aku kena pergi la satu tempat nih...brader tu tunggu aku...
dekat jek...jln kaki suda~...
tadi hujann~...pastu berpayung lah aku pagi2 tu...haha...x biase weh...malu2..
terpikir gak...sekali ade org ragut...dah la aku pakai sling beg...bahaye22...
so..aku make sure henset dan duet paling besar berade dlm poket seluar...haha...
klu nk kne ragut pn..peragut tu dpt duit sikit jek...haha

************************

brader yg bawak aku nih kena la plak ambil org lain...nak naik sekali la nihh....
alamak....dah la aku nih mabuk darat~....naik la kereta mane2 pown,,,kompem pening,apsal ntah..
...kalau aku...
naik jek kereta...
1)pening
2)nak muntah
3)mengantok
4)akhirnya..tido~...^_~

tapi...takkan nak tidur kot...
mcm boss pulak...haha...
so,aku dgn berat kepala nye menahan rase nak muntah thp ape ..xtau..

***********************

ni kisah aku ngn farhanah(kawan baik) kat dalam kereta tu la....
ade la sorang girl nih....name samaran nye Lolita...haha...
(suke hati jek)
dia pun dgn ramahnye cerita lah...
dia kali ke4 ambil ujian komputer tuh...
dia kata..."susah beb..."~~
aku ngn farhanah ni....
"ye ker....takotnyer"
habiss laa.....

***************************
sampai tempat tu...
alamak..
aku dah la pening giler nih...
klu ade katil nih dah lame aku baring...sofa pun takde...alahai....
so..dah .mcm org sakit,aku pergi la mengadap komputer tu....
malas nye nak jawab.....=(
aku jawab lebih kurang 35 minit la....mase itu berharge~...recheck la koje nye...

ok then dpt resultnye...
ak=46/50
farhanah=47/50
bravo!!bravo!!....

si Lolita nih plakk......
failed..gagal...Lolita=40/50
aikkkk......
apakah..???
soalan nye susah kahh??
kami yg terhebat kahh??
????

waa....aku pening....cane Lolita boleh gagal nihhh....
sembang2 lahh...
pastu Lolita decide dia nak try lagi...tak lama lps tu la...
so..
so..
so..
aku dan farhanah lah yg menjadi tutornye...
hahhaha....
"jom .!!!"
"biar kami mengajar kau,Lolita..."
kitorg buat la soal jawab...kuiz...penerangan...kata2 semangat dengan Lolita...

aku dgn farhanah plak yg dupp..dap..dup..dapp...
lama jugak dia buat test komputer tu...
aku harap dia lulus la.....
lps 37minit dia keluar dari bilik tu~...
aku dah rse mcm tgh tunggu keputusan ujian doktor lak.....hahaha

perghh....betapa eratnye persahabatan yg baru kenal x sampai 1 hari...
hahahhaha....

tengok2......
fail againn....38/50....
gimana sihhh...
so..
so..
so..
aku dgn farhanah meneruskan lagi sesi pembakaran semangat untuk Lolita.....
banyak jugak nasihat kitorg bagi dia..huhu
akhirnya Lolita kata dia nak ambil ujian komputer untuk kali ke6 lps raya cina...
Lolita...Lolita....
kitorg bertukar2 nmber fon..facebook...
best la...
kawan baru...ramah plak tuu


biar diri ini membuat pergulungan,,,,,hehe

++aku mewakili diriku dan farhanah...++
nak bagi nasihat....
sesape yg dah berape banyak kali test komp. tuu....

>>mungkin ade yg bace entri ni serupe Lolita..xpe..dun worry..boleh pnye lah..!
>>habeskan buat 500 soklan dlm buku tu...pastikan habiss...
>>berdoa lah nescaya akan Allah perkenankan doa kiter...^^surah ke40,ayat 60..
>>fahami..hayati...feel2 bila baca tu...hehe
>>tolong kawan....nnt Allah tolong kiter...

p/s...Lolita...klu Lolita terjumpe entri ni,jgn la kecik hati...ak suke kwn dgn Lolita...ak berdoa agar Lolita lulus untuk ujian seterusnye...keep in touch..


ok....
wasalam...



salam....

tahun nie new year 2011 sambut kat International House of RECSAM.....haha~..penat sgt perjalanan dr ipoh ke penang...tapi abah lagi penat la drive,tengok la nnt mne tau aku pulak yg drive.....wakakaka....

************************************************************************

so,tak dpt la tgok bunga api tahun baru...belom pukul 1
2 lg semua dh tdo...~~
esok nye plak nak pergi bt.feringgi..~~tempat wajib kalau pergi penang..~
punya la plan nk hirup udara segar..,pagi2 lagi dh smpai....

lps tu geram......

>>>gerai2 kt tepi pantai lintang pukang dgn kerusi meja..
>>>botol arak di mana2 sje..
>>>bau nye x leh blah glerr la....
>>>pastu tempat2 strategik nk bentang tikar ade byk khemah plak..










pastu...lantak ler...bentang jek tikar antara khemah2 tu.....asalkan nnt ble matahari naik x panas...

yg duduk kt khemah tu pn satu hal.....
ak rase x besttt....budak2 remaja kt khemah tu...lepak2....laki pompuan....
tapi,nak komen ape pun kan..xde plak dia buat peratuaran laki pompuan x leh campur2..so,lantak ler korang....tp,mata aku tetap x senang melihatnyer...

************************************************************************

lagi satu yg aku bengang......
ade satu bau yg busuk giler,,,bau tu akan kejap dtg...kejap pergi....
last2 sua minyak cap kapak kat hidung bila bau tu dtg....geram btul...
nk kata kuda punya bau x tau la plak....waktu tu kuda x keluar lagi...~~

**********************************************************************

bila fikir2 balik....budak2 remaja tu kompem over night kt situ..nk sambut new year la katakan...heh...toilet kunci...takkan mlm2 nak rendam kat pantai kot..~~..so,pe
maknenye...haha..xtau la kan...

plan nak mandi kt pantai....tp bila tgok ramai nye budak2 nihhh....hilang mood....

kitaorang yg melihat nih mula lah mgatakan...

>>mak bapak diorang ni x tau ker anak2 nye lepak2 kat pantai tgh2 mlm..laki pompuan
>>ha...tgok la bulan 9,10 nanti byk berita kat paper psl buang anak lah..blabla..
>>dme nih x malu ker bersuka suki laki pompuan kat pantai..dh la seksi,seksa aku tgok..!...malu ler sikit dgn alam yg melihat korang...hish...geram2...

*****************************************************************************

yg ALI(adik) dah bengang sebab dia sorang jek yg nak mandi...hahaha....

aku plak x senang duduk...nak baca buku pon x tenang dgn bau busuk nyerr...hot22...

oleh itu kami dgn sebulat suara nk bertukar lokasi ke tempat yg lebih tenang dan aman...~~~

*******************************************************************************

maka~~...sampai lah kami ke HUTAN LIPUR TELUK BAHANG....~~

bila sampai jer situ
rasa mcm nk jeritt.....
bukan setakat cantik...samapi jek tempat tu kita akan dpt hirup udara yg segar....byk pokok...tenang..

bila masuk sje tempat tu ada sungai...~~~

ITA(kakak) kata..:macam kt fairy tale.....cantiknyer sungai....kaler hijau biru air dy...clear..!!

+tempat dy mcm tertutp sikit...x ramai yg tau....so,orang yg dtg pun sikit la....+
+sape2 nak practice berenang pun boleh...sbb dia mcm kolam berenang sikit....+
+lagi satu nak puji....tempat persalinan & toilet dia bersih sgt....~~..ibu pun mengakuinya....+

so...kat sini la aku boleh berenang dgn tenang...
dah habis berenang baru lah aku tahu...
itu sungai buatan manusia....alahai...tp mcm sungai real la....best...boleh jamin la..

ini dia sedikit gambar di sungai hutan lipur teluk bahang....aku tgok gmbar ni lagi cantik berbanding kat google image....hahaha....




ok itu sje.....
biarkan gambar2 itu bersepah..
hahhaha..

salam...~

salam..~~


santai kejap>>>

sementara hot2 psl ajl25..so,aku pun nak cakap...~~..
ok jek ana rafali menang...
bgus lar,
hot ape perempuan main gitar+ pakai sopan +baju kurung+baju kebaya+lirik lagu mendalam.....wuuu...
hebat..~~~
ape2 pun...

besz layan lagu retro...
sedap sebenarnye lagu2 lama....
sape2 yg x caye cuba,try,test dengar.....

tapi..x payah la tgok video2 diaorang...memang lawakkk....
lirik dy pun cam ayat dulu2...wakakaka.....

ape2 pun...lagu retro nih...sentimental gitu....

plus...~,
kalau FRANCISCA PETER & NASH masuk ajl25 tu...dah lama aku vote.....^^...
........HAHAHA.......

ini dia.....list lagu2 retro yg ku gila-i.....haha,
aku bukan la over sgt,just ermm...lyn~~...^^


dan banyak lagi....
kalau camtu baik beli vcd dy jek ek...
etc...ROCK LELEH 2...
hahahha....tajuk vcd pun dah lawak...
tapi x nak beli vcd sbb ade lagu yg x best....huhu..
plus,aku pun bukan over beno melayan nyer...
kalau ALI(adik) ade...lagi lyn...haha

MENCARI KONKLUSI..^^;
-ape2 pun layan nasyid n maher zain is better
-lebih bermakne
-baca AlQuran selalu hati tenang....^^

ha...!!!
ade satu kisah pasal baca ALQURAN.....
ini kisah kakak usrah cerite....
lebih kurang la cerita nye...

ade sorang budak ni dia musykil kenapa nak kena baca alQuran??x tenang pownn....
mungkin anda pun berasa sedemikian????ikuti kisah ini..hahaha,ok2.
then...
budak tu tanya la kat bapak dia pasal kemusykilan tu la~...
pastu bapak dia cakap...
"ermm,kamu tolong ambilkan ayah bakul tu jap"
budak yg dgn berselirat dgn '?' pon pergi la ambil bakul yg penuh dgn lumpur dan koyak2...
lagi la dia pelik..ape kaitannye bakul buruk tu dgn soklan aku td...??
"ok,sekarang ayah nak kamu tadah air kat perigi tuh.."
ok~...
banyak kali budak tu tadah air guna bakul tu...tapi x dpt......
dia dah gerammm......
"dah nampak ape kaitannye???"
....*x*...
"cuba tgok bakul tuh,bersih ke idak??kotor ke idak??....ha,,,
walaupun kamu cedok byk kali,tapi x dpt pun airnya...tapi tgok bakul tu....bersih, tiada kotoran"
maka...
itu lah perumpamaan baca baca ALQURAN.........
bakul itu diumpamakan mcm hati dan diri kita lah....
kita paksa diri baca alquran,at the same time hati kita jadi bersih INSYAALLAH....
walaupun...
'penat r baca alquran'
'xdek effect pownnn'

INSYAALLAH,hati akan bersih,jiwa tenang......

beb......IKHLAS ITU BERMULA DARI PAKSAAN........

penat suda ku bermadah.....~
anyway>>>>>>

RENUNG2 KAN DANNN SLAMAT BERAMAL...*tiru...^^

salam~



salam....


semalam pergi tgok ali kt madid...on the way tu ade tempat2 abah selalu hntar dodol.....
antaranye RNR Sg. Perak (U).....
dah smpai kedai tu....pergi la susun dodol kat tempat dy...
susun punye susun....
tetibe............
"aaa,kopi ais satu......"
pastu diam....
xde spe yg dgr,semua diam,pekerja tu x pasaan...
kalau x mesti pekerja tu jerit kt kwn dy kt dapur suruh buat air.......
sah..sah..mamat nih ingt aku pekerja kat situ.....
eeeeee,geramnye.....x pandang langsung mamat tuh.....
attire aku x dek la mcm pekerja....
ye ker..?
ni mlz nih.....
pastu mamat tu pgi la kt kaunter sebenar mintak kopi ais dy.......
betol la mamat tuh......

*******************************

teringat zamn dlu ...time darjah2 la...
dekat langkawi.....
waktu tu attire zmn skolah rendah~~`
tudung pendek hitam,t-shirt.seluar......
tgh2 dok rilek kt timbunan beg2 bagasi...sementara tunggu spe2 ntah shopping...
tetibe....
"dik,beg ini harga berapa"..........
suda~~~~..
aku geleng kepala terus pergi.....kuang2222.......
muka penjual ke ak nih...ceh.......
aku rasa dy tgok attire kot...
~budak ni pakaian camni,dy kot pekerja....~...andaian aku la......haha

sejak tu...aku tukar la attire..nmpak sikit lain dari lain supaya bbuka di kata penjual.....
heh.......

**********************************************************************

cite lain.....
dah addict baca novel dalam penulisan2u........
preview novel2 yg bez pn bleh gk...........
habes la........mataku makin silau.......^^....
gerammmm...novel ad+iz tu x habes lg dlm penulisan2u....
kena beli novel dy.....
tp,,
yg kat bilik tu berapa byk x habes baca lg....huahua....
watever....~

ok....

salam.....



salam.....~

ahha....ini dia pencinta2 kucing,sebenarnya ada sorang lagi,amen..tp x ade la pic dy....

ibu:bukan x suka,tpi kotor..~~~
ita:xtau la,nanti dia cakar ..boleh je nak pegang,tp...^^

nak bela kucing,tapi ibu x bagi..~,bukan ape,

1)bulu dia tu bahaye,buleh kena penyakit asma
2)buat dodol mane bleh bela2 haiwan2...

ok la~..tapi kucing best r.....

mase tu pergi kedai haiwan,actually nak beli anak burung puyuh dengan ita,ali,mer.....tengok kat kedai tu....BANYAK kucing,!!!!...ade yg orang mintak jage kn,sakit.....tapi semua manje2 belaka....comellll.......
ini rase nk bela nih....tanya orang tu,jual berapa??...<>...400$......*0*.......tp,bez la kucing..

ade la seekor kucing kat belakang rumah~..warna putih,..comel la jugak,haha,tapi x suka pegang sbb dia kucing jalanan...hahaha.....kucing2 yg bersih sahaje jer nak pegang....
kalau bukak pintu rumah belakang jek,kucing tu dtg nak makan....hihi..
waktu dah nak exam ibu suruh kucing tu doakan...kuang222....ok la.~

kat rumah mak andak ada banyak gk kucing...~~
yg x bleh blah tu,si amirul yg kecik tu suka tarik2 ekor dia...berani betol amirul..~...mak andak kata da byk kali dh kena cakar........huhu...

apa2 pon,kucing bez,,,,kenal MARU x...??







haha....MARU tu lawak....geram,,,,,

nah,klik sini....>>all abaout catz....

act,byk kot kelebihan bela kucing nih....bagi aku la kn,kucing niii..~

1.nampak kucing buat kita tersenyum,tenang,comel
2.perasan x gaya kucing tido semua lbh kurang sama.....rasa mcm nak tido jugak..^^
3.kita boleh luahkan perasaan kat kucing,dia dgr punye,*mcm novel,hihi
4.aku tgok org2 yg bela kucing ni,semua murah2 rezekinye...insyaALLAH....
5.kucing makan lebihan makanan kita....yg x habis tu...x membazir.......
6.dll................

t
wasalam.....sayang kucing..~

salam...
teringat kate2 zahirah...dlm status fb dy...

Ya Allah..seandainya rinduku pada hambaMu akan memudaratkan diriku, jauhilah diriku pada dirinya dan matikanlah rasa rindu ini padanya..Ya Allah..jadikanlah cintaku ini hanya untukMu dan rinduku ini hanya untuk KekasihMu..Ameen...

sbenarnya dh lama tau psl doa tu..
tp...bru skrg ak mampu hayatinya dgn sebnarnya....
betapa tingginya kedudukan Allah mengalahi segalanya..
kerana Allah yg mencipta sgalanya....
kerana Allah Pemberi Rezeki.......

namun...sejauh manakah diri mampu utk menangkis sifat2 yg mendahulukan hal2 lain daripada Nya....
terkadang alpa dgn suruhannya....
trkadang tersalah fikirannya...

dan baru sekarang ak mampu hayati....
Allah yang menentukan segala-galanya....

baru skrg ak mampu hayati spt dlm terjemahan dlm alma'thurat...sebahagiannya..

......YaAllah...jgn biarkan hambaMu ini dalam sekelip mata ataupun lebih sekejap dari itu....

lihat...betapa kebergantungn kita kpd Allah itu sgt tinggi....kerana sudah dinyatakan bahawa sesuatu yg berlaku pasti berhikmah.....
bayangkan jika kita yg mmbuat keputusan sndiri tanpa ada Allah...betapa kosong nya jiwa kita..
at least klu ada Allah bersama kita...kita pasti sbut....~xpe...ujian namenye nih...;~xpe,msti ade sbb Allah buat cenni...;alhmdulillah..Allah masih sayang aku lgi....
see...


sekarang juga ak mampu rasakan betapa dosa dan azabNya amat menakutkan,,,,walaupun ak kadang2 terlepas dr mengingatkn diri spt dlam Surah AlBaqarah....ayat 216..

[216] Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.



ambil mood~




life is unexpected..??
btul ke...?
hidup boleh dijangkakan..di expect klau kita tahu sape diri kita..tanggungjawab...
tanggungjawab kpd Allah..
tanggungjwab kpd Rasulullah
tanggungjwb kpd parents,frens....
itu lebih bermakna..
bahkan life boleh diexpect if kita bleh manage life kita. dgn baik....

********************************

sense of belonging... itu fitrah.....fitrah x lh diubah...tapi kita x lh biarkan fitrah itu menguasai diri...
so kita kena tundukkan feeling itu untuk patuh perintah Nya...
tp....
cam susah jek.......
boleh pye...
cuba ini....
busykan diri....
msti bleh....huuhu

the end..~

special dedicated to my greatest mother in this world....

.........PAUZIAH BT. NAMAN@AB RAHMAN.......


just a little note for my ibu....
bu.....
rindu sgt kat ibu...hua22
harapannye ibu sihat and be strong....i know u can do it....
whatever happen..im always be with u....
bu...
terima kasih byk2 atas segala pengorbanan yg tak terhingga kpd amin..ita...ct..ali.
aiyshah minta maaf sgt2 dan byk2 atas segala kesalahan yg terlalu byk dilakukan....
just wanna wish u...
HAPPY MOTHER'S DAY....
SELAMAT HARI IBU.......
i luv u......miss u.....^^....

wani..ak dah update...~~

x tau ar nape gambar2 ni terpilih utk masuk blog kali nih..


------malas nak kemaskan..~~


laksa~~.....sedap ooo....

Add Image-x paham ak gambar nih.......hua222.... -comel...mun..mun..


-lagi.....rindu maaa.... -cover senyum...???


ape-ape aje........

salam....setelah sekian lme x menulis...hanye meng'copy' dan menge'paste'.... hurm...tup2222,dah bulan 12 dah....layan je la kan kalau nk pikir pendek..tp kalau nk pk panjang....memang banyak giler yg x settle lg.....
ade 2 kisah lawak yg xleh lupe ar sejak 2,3 tahun yg lalu....hahha....sebelum terlupa,baek menaep dlm blog dulu....tp x tau la lawak ni menjadi ke x....


****************************************

lawak 1.....
---ermm..berlaku kat skolah lama.....specificnyer kelas 3k....
ade satu hari ni...ustaz arshad(name sebenar)..beliau mengajar sub. pai time tu.....beliau ada suruh sorang student laki ni pi ke depan....... namanya..Wan..(bukan name sebnar)....tajuk ape blajar hari tuu..lupe r...pastu ustaz cakap kat Wan tu.....

"ok,Wan...tolong takbir sekarang...yang lain ikut....",kata Ustaz Arshad....

dengan semangatnyer dan lantangnyer....Wan pun...

"TAKBIR!!!!",....laung Wan...dgn wajahnye yg bersungguh-sungguh....dan serious.....
"ALLAHUAKBAR!!!!!!",.....student lain pun termasuk aku pun balas la balik dengan laungan Allahuakbar...

semangat sungguh kesemuanya....mentang2 lah si Wan tu selalu jadi komander kawat..time assembly pun sme.....hurmm.......bergema satu kelas.....

and then.....

"saya bukan suruh awak laung takbir tuu....saya nak takbir raya....",kata ustaz.....

aku yg sedang blur2 ni hanya mampu menahan gelak yg begitu besar sesudah ustaz keluar kelas.....hahhahah.......

so...si Wan ni...bertakbirlah raye.......hahha....saket perut ak menahan gelak.....

lepas je ustaz keluar....ak ngn geng2 banat nih...gelak gler2 la...
mane x nyer....dah ar gaye dy yg macho2 tu,,dgn muke bersemagatnyer.....hahhaha...tergelak ak mengingatinya.....

ermm.......tu je ctenyer.....x kesah la anda gelak atau tidak....tp utk tidak melupakannya...diri ini harus menyimpannya di blog...muhahhaha.....


*****************************************

lawak 2....
----erm...berlaku kat skolah lama gk...located at 2k.....what is 'k'...??hurmm..find it...
ok...time tu blajar bahase arab....ustaz nyer,,name ustaz Sidek...(name sebenar)....yang buat lawak tu namenye Jojo..(bukan name sebenar)..time arab ni ramai student slalu mengantok...sume blur2 jer..mata sumenye sepet2 belake....hahaha...ak yang dok depan skali ni...dengar je la pe ustaz speaking arab...layan~~...ustaz ni suke sgt bab2 kartun..spongebob,wonderpet,lg..byk la...tu yg paling beliau suka la....
pastu...camne ntah boleh ustaz ckp pasal kartun sin chan....pastu beliau tanye la satu klass...

"spe tu nama mak sin chan tu....spe..?..lupe saya.....ermm..",kata ustaz...

ak yg segar bugar ni,tau je name mak si sin chan tu...malas je nk cakap....hahha.....
time tu semua student ngantok2 gler la....sume xnak cakap....

"ustaz,misa'e la...misa'e....",ni hati aku je yg cakap..bukan mulut...

tak lama kemudian...si Jojo ni cakap....(dah la dy dok line blakang skali belah lelaki...)...dy cakap la dengan suaranye yang lantang....dah ar gaye dy mcm x main la kartun2 camni...,macho2....???!!?..

"haaa..,mira'e....mira'e...",brape byk kali ntah dy ulang....dengan yakinnyer...

ustaz xtau la dgr ke x...ak yg dok kt bhagian tingkap kat depan ni pun dengar....erm,itu x tau la kan...

ak pun...

"ish,,pehal mamat tu,misa'e ar bukan mira'e.....mira'e tu yg nyanyi lagu kiroro.....",getus hatiku....sambil menahan gelak bahak yg infiniti.....hahhahaha.....

yang student lain x perasan plak.......aku laa........terpakse la ak senyum sorang.....=)...hahhaha....

tak lame kemudian....

"ha..baru saya ingat..misa'e....!!!",kata ustaz sidek....

lagi ar aku nak gelak kat si Jojo tuuuu.......hahhaha....nak je aku toleh ke tempat dia...tapi aku hanye toleh beberape darjah jer..muhahhaha....

pastu Jojo tersipu2 malu sambil tersenyum2...owh,,dia engat xde orang perasan...heh...sambil tu dy berkata...
"owh...btul2..misa'e..misa'e....",.............^^..

sepanjang kelas arab hari tu..aku seyum jer....menahan gelak....

adussss....Jojo...Jojo....

*Jojo lelaki tau.........

***************************************

hurm......itu sje lawak yg mmg buat aku gelak x kira di mana jua aku berade....
walaupun si pembace x merase sekelumit pun lawak...xpe la...coz..ak yang mengalaminyerr....
hahhahhaha.......





Dakwah Dan Cinta
www.iLuvislam.com
oleh: azree_mh*


“Bagaimana kita mahu menasihatkan mad’u(ahli usrah) kita yang bercinta?” Satu soalan diberikan kepada ahli panel forum. Saya hanya duduk di belakang dewan memerhatikan sahaja gelagat si penyoal.

“Ada seorang rakan yang saya kenal di kampus. Aktif dalam gerakan dakwah tetapi dalam masa yang sama dia juga bercinta dengan seorang perempuan. Cuma selalunya hanya berjumpa apabila ada meeting, atau pun chatting di Yahoo Messenger dan sms…” Seorang lagi peserta bangun bercerita pengalamannya pula. Juga tentang cinta.

Masa remaja tentunya masa yang penuh dengan gelora perasaan kerana ia merupakan transisi menuju dewasa. Tidak kiralah mereka itu aktivis dakwah atau pun tidak kerana perasaan ingin menyayangi dan disayangi itu adalah fitrah. Tumbuh secara semula jadi dalam diri.

Semua manusia pasti ada perasaan tersebut. Mulanya hanya berjumpa sewaktu meeting, bekerjasama dalam program dakwah dan tarbiyah dan kemudian mulalah kerap sms bertanya khabar.

Lawan Vs. Kawal

“Kamu perlu lawan perasaan itu.” Kata seorang naqib sewaktu saya di sekolah dahulu.

Lawan? Kerana lawanlah perasaan tersebut dipendam-pendam. Akhirnya membuak-buak dan pecah. Lalu langsung tidak terkawal apabila di universiti. Itulah yang terjadi kepada beberapa orang rakan saya… Dan juga senior termasuk naqib saya itu.

Sudah beberapa kali saya terserempak dengan beberapa senior sekolah lama saya yang merangkap ketua pelajar mahupun naqib, kini keluar berdua-duaan dengan pasangan.

“Eh, abang dah berkahwin ke? Tak jemput ana pun.” Sengaja saya mengusik. Tersipu-sipu malu mukanya.

“Belum lagi.” Jawabnya ringkas.

Perasaan cinta bukan perlu dilawan
. Mengapa perlu dilawan perkara yang sudah menjadi fitrah? Tetapi perasaan cinta itu perlu dikawal. Disalurkan ke tempat yang betul. Dikawal supaya tidak melampau batas-batas yang telah ditetapkan Tuhan.

“Sudah ada ikatan yang sah belum? Jika belum ada cepat-cepat mengikat dengan cara yang sah dan terbaik. Jika masih lama lagi waktunya untuk mengikat hubungan, maka seeloknya berhentikanlah dahulu. Takut-takut nanti jadi jemu dan akhirnya berpisah begitu sahaja. Sekurang-kurangnya bertunanglah…”


Seorang ustaz saya ada menasihatkan, “Siapa kata bertunang tidak boleh berkenal-kenalan dengan pasangan kita itu? Waktu pertunanganlah waktu untuk kita berkenal-kenalan. Islam menyuruh kita memilih pasangan yang sesuai dengan diri kita sebelum kita menikahinya.”

Over Rate Diri Sendiri


“Saya ada menyukai seseorang, dan kami telah berkenalan agak lama. Cuma sekarang saya rasa serba salah. Adakah cara kami ini salah atau betul?” Seorang rakan menyoal saya. Dan saya mengenalinya sebagai orang kuat dalam satu persatuan agama di kampus.

“Apa cara yang kamu rasa salah atau betul itu?” Saya kembali menyoal.

“Kami tidaklah kerap berjumpa seperti pasangan lain. Kalau berjumpa pun akan ada seseorang menemani. Kami cuma kerap berhubung melalui sms. Itupun sms kami selalunya berkaitan persoalan agama.” Dia cuba menerangkan.

Saya menarik nafas panjang. Kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Dalam hati ingin saja berkata, ’Saya bukanlah seorang yang selalu pergi ceramah agama berbanding dia. Lagikan pula memberi ceramah sana-sini seperti dia. Tetapi tahu jugalah sikit-sikit tentang persoalan ikhtilat(pergaulan) antara lelaki dan perempuan.’

“Dalam diri kita ini tidak kiralah siapa pun, ada satu sifat over rate diri sendiri. Tidak kiralah saya atau pun kamu, turut ada sifat itu.” Saya cuba memulakan penerangan. Berhenti seketika.

“Apa maksud sifat over rate itu?” Belum sempat saya meneruskan, dia menyoal.

“Sifat ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak macam betul. Sedangkan bila kita tengok orang lain buat, nampak macam salah. Walhal perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja. Itu yang menyebabkan selalu saya lihat hari itu si dia pergi menegur sepasang remaja yang duduk bersembang, tetapi esoknya saya lihat dia pula berjumpa dengan pasangannya.

Kemudian siap bersembang dalam sms ataupun chatting di YM agak lama. Cuma nampak sahaja seperti lebih baik, tetapi maksud dan tujuannya tetap sama. Tetap dalam bahasa yang selalu kita panggil sebagai ’couple’. Ini kerana kita merasakan diri sendiri itu sudah terlalu baik, jadi apa sahaja yang dibuat dirasakan sebagai tindakan yang betul.” Saya cuba menerangkan sebaik mungkin.

Dia kemudian meminta diri daripada saya. Entah dapat menerima kata-kata saya sebentar tadi ataupun tidak.

Saya bukanlah melarang perbincangan agama melalui sms dan chatting di YM. Perkara yang elok mengapa perlu dihalang. Tetapi perlulah dikawal. Seeloknya bertanya dahulu dengan ustaz atau ustazah, sekiranya tidak berkemampuan bertanyalah kepada rakan yang sejantina terlebih dahulu. Jika tidak dapat juga, barulah bertanya kepada yang berlainan jantina.

Bukanlah salah kalau ia satu keperluan tapi takut-takut kita sengaja cuba mencari ’alasan’ dengan mengadakan perbincangan agama supaya dapat berhubung dengan si dia.

Hijab dan Wanita Dakwah

Hijab ertinya tirai atau dinding. Memisahkan antara sesuatu dengan sesuatu. Dalam maksud yang lain juga bermakna perselindungan wanita dalam Islam daripada lelaki yang bukan muhrimnya.

Islam membentuk satu peraturan hijab, melatih manusia untuk mendisiplinkan kecenderungan diri mereka terhadap jenis yang berlawan dengan mereka. Agar kecenderungan ini disalurkan melalui jalan-jalan yang halal.

pahrol juoi“Hijab bukan hanya terbatas kepada perintah untuk wanita menutup kepala dan muka mereka sahaja. Tetapi ia juga adalah panduan bagi lelaki dan perempuan dalam kehidupan bermasyarakat.

Tidak guna rasanya jika seseorang perempuan itu memakai tudung labuh dan purdah tetapi masih juga melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Apabila ada persoalan yang tidak dapat terjawab terus mencari ’lelaki yang disukainya’ untuk bertanyakan soalan.”

Jika seseorang itu merasakan dia sudah memiliki nilai-nilai akhlak yang baik tetapi meninggalkan aspek hijab dalam pakaiannya, maka ini adalah satu kekeliruan yang besar.

Contohnya seseorang itu telah banyak menunaikan solat fardu dan sunat, malah sudah banyak kali menunaikan haji. Bolehkah dia meninggalkan solat Subuh walau sekali? Tentu sekali tidak. Dalam Islam tidak ada konsep ’sekiranya sudah melaksanakan perkara yang wajib, boleh menggugurkan perkara wajib yang lain’.

Samalah halnya dengan jika seseorang sudah menutup aurat sepenuhnya tetapi masih juga melanggar batas-batas pergaulan.



* Azree Hanifiah merupakan salah seorang penulis jemputan iLuvislam.com dan kini menuntut di Universiti Islam Antarabangsa(UIA) dalam bidang kejuruteraan. Artikel dipetik daripada blog beliau; www.studiomuslim.com

Milik-Nya

My Photo
AIYSHAH
IPOH, PERAK, Malaysia
dr. fadzilah kamsah kata..org bertarikh 16 ni..Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu.Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat... +ini kisah benar+
View my complete profile
Powered by Blogger.

Followers

Labels