Assalamualaikum...
List To Cook....
Kena catat takut lupa...
Ini saja yang feveret...*wink*
Pengaruh AFC@ Asian Food Channel dengan MasterChef Malaysia 2
Sushi (second round)
Puding Krim Karamel (second round)
Kentang putar dengan kuah dia sekali
Pavlova
Segala jenis sauce ; mustard, black paper , dll
Sedap nyee... :D
1243
301112
Assalamualaikum.
Tiba-tiba terfikir untuk update pasal tajuk ini, maybe respon kepada berita yang tak berapa nak kecoh ni. Pasal budak yang kahwin umur 13 dan 18. Ini link berita
Tengok respon-respon orang yang baca berita tu kat ruang komen. Macam ramai plak yang sokong.
Bagi aku 60% Tak Setuju . 40% Setuju. Hehe.
Ramai yang cakap,
"Ok what, nak elak maksiat..."
Ouuu.
Ingat perkahwinan tu tujuannya nak elak maksiat je ke ?
Macam susah je kalau niat nak kahwin tu untuk elak maksiat saja. Bosan gila.
Bagi aku perkahwinan lebih daripada itu.
Gambar ini boleh menjelaskan segala-galanya. InsyaAllah.
Tapi kat sini bukan nak explain pasal maratib amal. Mungkin next time. Hehe. Hanya nak bagi buah fikiran tentang perkataan 'perkahwinan' tu.
Bagi aku kes yang budak tu macam SANGAT awal untuk kahwin.
Sebenarnya, banyak pekara yang perlu difikirkan kalau dah berfikit-fikir untuk kahwin.
Satu yang aku nak tekankan adalah bab DUIT.
Memang duit bukan segala-galanya, but then segala-galanya memerlukan duit. *Quote femes kan.
Well yeah, lain orang lain background. Ada yang memang family kaya, hidup senang. Tak kisah. Macam cerita Azura 2012. Dalam kes budak ni, laki tu kerja dengan ayah dia yang ada kebun kelapa sawit. RM1000 sebulan. Err. Boley laa. Sejujurnya aku cakap RM1000 tak cukup. Lagi-lagi si isteri baru umur 13. Tapi mungkin diorang dah ada plan yang bagus punya. Who knows kan.
Bagi aku, bila mulanya hidup berkahwin ni, persediaan dari segi kewangan memang kena mantap. Backup kena ada. Sebab susah laa kalau hari-hari dalam perkahwinan, duit yang tak cukup yang dirisaukan.
Tak rimas ke ? Nak beli barang pun takut. Takut duit tak cukup. Bukan la nak cakap materialistik ke apa. Semua nak beli. Tapi sebab aku dah tengok kawan aku sendiri yang kahwin awal. Then tiba-tiba ada emergency. Duit tak cukup. Kena tebal muka pinjam duit kat orang. Susah weh.
So, bagi aku sementara ada peluang belajar dan cari duit, rebut lah peluang tu.
Timba pengalaman hidup.
Lihat dunia sebenar.
Belajar menilai diri. Kekurangan dan kelebihan.
Tarbiyah diri untuk menjadi individu muslim yang baik sebelum ke tangga seterusnya.
Macan si isteri tu, baru umur 13. Aku bet memang dia belum tengok dunia luar lagi. Baru nak tengok kawan2 sekolah menengah. =,= "
Bukan nak kritik. Cuma memberi pandangan.
Ada yang cakap.
" Dah qada dan qadar...."
Memang.....dah tak boleh nak buat apa dah sebab dah kahwin. Takkan nak suruh berpisah pulak. Bukan.
Memang.....sudah TAKDIR mereka kahwin pada usia awal.
Kadang-kadang, kita yang pilih takdir tu. Padahal banyak lagi jalan yang boleh dipilih.
Dan suka untuk aku refresh balik apa tujuan hidup ni. Kalau kita faham betul-betul apa tujuannya, maka tindakan kita akan lebih terarah dan semuanya lillahi ta'ala.
TUJU HIDUP :
(Az-Zariyat, 51: 56)
(Al-Baqarah, 2: 30)
(Ali-'Imran, 3: 110)
Kesimpulannya, kahwin pada usia yang sangat awal zaman sekarang bukan mudah. Tapi kalau itu pilihannya, nak buat macam mana. Jangan sia-siakan umur belasan ini. Perkahwinan bukan fantasi yang semuanya indah belaka. Then you know what is life ~
Smile !
Jaga diri elok-elok.
Sekian.
1749
271112
Assalamualaikum....
Nampak dia.
Setelah sekian lama.
Sedih sedih.
Dia jauh.
Jauh sana.
Lihat bayang saja.
Moga ada serupa dia.
bila tiba masa.
01112012
1500
Assalamualaikum
Tolong. tolong. tolong !!!!!
Sikit je lagi ni.
Haih.
*Tak mampu nak berdepan..
Kawan-kawan...
Sabar ye. Tolonggggg laaahh
Kejapppp je lagi semua ni akan berakhir.
Please.
*Rasa nak sumbat telinga dengan earfon dengar MP3 sepanjang minggu ni. Pasang volume kuat-kuat!
Mulut diorang buat panas telinga.
Tak face boleh laa nak comment..
Benci. benc. benci !!
Serius TENSION !
Robbi Yassir Wa LA Tu'assir !!!
huhu
Sekian
1255
101012
Assalamualaikum.
Sebenarnya kan...
Ketenangan itu bukan dikecapi apabila kita tiada kerja dan tiada aktiviti, duduk-duduk, lepak-lepak......
Sebenarnya ketenangan itu adalah apabila dalam kesibukan, kepayahan dalam menguruskan sesuatu atau kesusahan dalam hidup, kita dapat bertindak dengan bijak, tenang dan sabar dann bergantung sepenuhnya kepada Allah Ta'ala.....
021012
114am
( The Best Dormates ! )Qilah Mimo , Nadia , Zeyra( Deskmates ! )Atiqah Torres Lover , Ima , Hajar Mentor( The Best Usrah-Mates )Fatimah , Sue , Zu , Haiza , Ilyani:: *The one who brings me to the world* ::Liyana
Next hijrah ke IPG (Institut Pendidikan Guru) . Inilah mereka yang aku sayang .
Farah , Efzan , Izzah*Kalau takde korang aku taktau nak cakap camne* =(
Salam....
Salam.....
Tak tau nak paste kat mane yang sesuai , rasaya kat sini paling ok . Hee
Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..
Salam...
‘Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.’ (Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class).