Assalamualaikum
“Bila Ibu mula pakai tudung labuh ?”
Soalan-soalan cepumas macam tu memang selalu dituju pada Ibu
. Dan waktu yang sesuai untuk ditanya adalah waktu dalam kereta time semua ada
. Hehe
Kami fikir mungkin Ibu pakai tudung labuh sebab Abah suruh .
Eh.
Ataupun baru balik umrah ke. Haha . Mana tahu kan .
Bermulalah satu cerita ...
Waktu dulu-dulu , duduk rumah papan, security dia sangat lah
longgar kann . Mana ada pagar-pagar besi , CCTV , lampu spotlite yang tiba-tiba
menyala bila orang lalu . Oleh itu , tendency untuk orang masuk rumah ,
usha-usha tengah mandi sangat lah tinggi . Lagi-lagi rumah papan ada
ruang-ruang dan lubang-lubang antara papan .
Oleh itu , untuk mengurangkan mata-mata yang selalu usha
rumah Ibu kat kampung dulu , (zaman anak dara) time mandi waktu malam disarankan
gelapkan bilik mandi , supaya takdak orang nampak . Gelap kan . Atuk tunggu kat
luar bilik mandi .
Bila tengah-tengah mandi dalam gelap tu , tiba-tiba Ibu
nampak satu mata BESARRRR tengah tengok kat Ibu . Mata apa tak tau laa . Cuakk
kot . Kalau aku laa ...~~~
Besoknya , Ibu kata terus pi beli tudung labuh a.k.a mini
telekung . Tak main yang bidang2 punya...Haha
*****************
Lepas kami dengar ja , memang gelak gila2 laa...HAHA, agak
awkward sikit reasonnya kan .
Tapi itu tak menjadi masalah sedikit pun . Sebab akhirnya
Ibu istiqomah pakai tudung labuh sampai sekarang . Sangat bagus . Ingat senang
ke nak istiqomah pakai tudung labuh ni ? Perlu iman yang kuat tau kalau tak ye
ye.....Hehe .
Malahan, tuntutan melabuhkan tudung tu bukan hanya selepas
namapk mata BESARRR tu sahaja , HAHA ..tapi Ibu pakai sebab faham .
Faham ?
Apa tu ? Faham apa ?
?
Faham laa,
Faham Islam .
=D
0 comments:
Post a Comment