The Soul

Bukalah matamu.Belajar daripada alam sekeliling.

Assalam .

Aku yang garang atau depa yang nakal ?

Adoii .

Keadaan camni laa yang kena mengadap bila jadi cikgu nanti . Mungkin .
Pernah tak kau berada dalam keadaan 'Children Are Mess' dan kau rasa macam semua depa buat tak kena dan salah . HAHA .

Ah . Part bergaduh memang aku tak suka . Kalau dalam keadaan macam tu , aku rasa nak je join depa bergaduh dengan jadi backup salah sorang daripada depa . Pastu bertumbuk sekali . Geram betol . Bukan jadi pendamai. Haha . Haru !



"Dik , nak join gaduh boleh tak ?"

Bak kata Ita , Children Is Always Children . Itu hukum alam and rules of life . Kita kena akur . Thats life . Athe the same time kita kena didik . Itu lah namanya teacher .

Sebenarnya ini Hikmah .

Hikmah supaya memujuk diri untuk aku :

lebih BERSABAR sangat sangat .
Juga mengajar aku untuk lebih matang .
lebih pandai psiko budak-budak .
lebih banyak beralah .
lebih pandai melayan budak-budak .
*walaupun sebenarnya aku malas nak layan , layan diri lagi besstt !*




Find something weirdo ?? Oyeah . Perasan tak aku ni bakal cikgu tapi lagak macam tak suka layan budak-budak je....HAHA.

Thats why laaa pengajian aku kat IPG **** (dirahsiakan untuk keselamatan) ada lagi 5 tahun genap2 . So , memang 5 tahun tu aku perlu untuk melatih diri menjadi cikgu nanti . Serius aku bet ! .. Haha ! InsyaAllah .



Oyeah . Jaga diri sungguh-sungguh !
Salam !



Assalam .

Oyeah . Kini aku kembali untuk mengemaskini blog yang biasa-biasa sahaja ini setelah bergelumang dengan urusan-urusan yang lebih penting. Tak disangka-sangka aku baru saja menghabiskan Sem 1 aku di IPG *****(terpaksa dirahsiakan untuk keselamatan).

Lepas aku buat eksperimen , barulah aku tahu 7/10 daripada masyarakat sekeliling tidak mengetahui bahawa pelajar lepasan IPG (maktab perguruan) adalah pelajar ijazah ataupun pelajar degree yang mana selepas tamat belajar mereka berDG 41.............wakaka.*Perlu ke aku cakap benda nie...Haha.

Biarlah si penglipurlara ini memulakan kisah Sem 1 nya di IPG**** selama 6 bulan yang lepas.

Permulaan yang FREAK . Pertengahan yang COOLIO . Ending yang AWESOME .

Frankly speaking, living there is actually a damn much satisfaction and enjoyment . LOL ! Lots of Lovesss .Serious ! . Best .

*THE REST akan aku cerita dalam post seterusnya dengan satu post satu agenda*....

Hidup itu pilihan. Kita boleh pilih mana-mana yang kita suka tapi mesti ada base agama. Well yeah , bak kata Hlovate dalam Contengan Jalanan

, “There’s no such thing as ‘wrong’ in arts, provided that Islam is a given”. Maksudnya tiada yang salah dalam apa yang kita buat termasuk seni asalkan agama Islam jadi asas. Get what I mean yaa.

Kenapa aku cakap pasal pilihan ? Sebab kadang-kadang one day kita terpaksa membuat pilihan yang akan melorongkan kita ke jalan yang orang kata .. “Noboby knows except Allah” Dan bila kita dah pilih lorong itu , kita kena pujuk hati dengan ayat “Let bygone be bygone”.....Hahaha. Bunyi pilu. Bukan apa bak kata Heliza Helmi “Carilah peluang dalam kesempitan” *lebih kurang macam tu laa dia cakap.

Kesimpulannya aku nak cakap apa nieee ?

Sebenarnya aku nak cakap....

Aku seronok dengan life aku sekarang . HAHAHA.

Anda seronok dengan life anda sekarang ? Jika tidak , ceritalah kepada Tuhan. Minta padaNya petunjuk !

Tak kesah lah ke mana pun hala tuju aku dia dan kamu , utara selatan timur barat kanan kiri atas bawah , asalkan agama Islam The Way of Life nie menjadi asas , InshaAllah, you’ll find your way .

***Islam menjadi asas bermaksud ketaatan sepenuhnya kepada Allah Subhanahu waTaala .

Jaga diri sungguh-sungguh!

Salam.

Salam.....!!!.......now : 11.55 malam


Serius gila memang besok turn aku pulak yang kena mula belajar...HAHA
Serius gila memang 6 bulan penoh aku honeymoon kat rumah..Setengah tahun wey!...
Memang honeymoon first class laa nak cakap....Mewah~~~.....jeles enggak..?....HAHA

*Padahal ramai je yang tengah cuti lagi panjanggg dari aku....*..HAHA

Serius aku cakap aku tengah semangat nehh...

Tak caya ??

Aku sanggup pergi mintak kat akak receptionist yang aku nak seterika malam2 hari...aku nak iron tudung untuk besokk....HAHA.......*ek elle , iron je pown*....hee

Okey fine,,,itu tak cukup nak buktikan aku tengah semangat kan......

Aku up lagi...

Aku tak nervous...Kalau aku nervous maknanya aku tengah takut...Kalau aku takut aku rasa nak muntah,pening,tak semangat,dll.....HOH..

So, 'BUAT MASA SEKARANG' aku takde lagi laa symptom2 nak muntah,dll......

Kiranya aku semangat laaa nie...??

HAHA.....Layan~~~~

Sebab kan,aku rasa unfair laa kawan2 aku semua dah start belajar,semua dah lalui orentasi bla bla......so,sekarang ni turn aku laa pulak.....Euwww~~..Hee


So......

Ya Allah...
Kau telah lorongkan aku ke jalan ini
Maka Ya Allah
Kau kurniakanlah aku kekuatan iman dalam mengharungi segala ujian dariMu...
Jadikanlah aku anak yang solehah,muslimah sejati dan hambaMu yang bertaqwa..
Amin...


Okey daa...

Salam...Pray for me.~


Salam....


aku kena buat medical check up
*itu antara perkara yang aku TAK SUKA buat..
sebab?
HAHA........geli doe .

tapi MC aku kali ni dibuat 2 peringkat,,lain2 hari.
peringkat pertama medical assistant(MA) check aku,
peringkat kedua di check oleh doktor...

peringkat pertama ; x-ray,urine,tinggi,berat,heartbeat,bla bla
peringkat kedua ; nak pengesahan dokter ja,,*senang je keje dokter tu,mcm tanda 'rite' buku
latihan murid...hehe

tadi peristiwanya bila check dokter.....(dokter Melayu lelaki tu nampak mcm umur 50+)

dokter : ini kenapa heartbeat laju nie..?

aku : ooo...laju eh ? taktau lah kenapa....*aku tengok kat report tu tulis
heartbeat:109/min........biar betol!,apesal aku rasa laju gila....HOHO,macam tipu je~

dokter : siape check heartbeat awak masa dulu (peringkat pertama)..?

aku : erm...medical assistant lah....

dokter : ooo...MA lelaki ke perempuan ?

aku : lelaki .

dokter : muda ke tua ?..

aku : *ahh,dah agak dah soklan niehh*.....errr,muda laa jugak,muda2...

dokter : patut lah .


LOL...kantoi .

***sebenarnya aku nervous weyy nak med. check up....tu pasal heartbeat laju...

***tapi,memang MA tu muda pun..

eh tak..
lebih tepat..MA tu 'smart' ke..?

oke fine....smart22....HAHA..


p/s....aku tengok rekod tadi berat aku turun ooo.......*terharu,sob3.....HAHA

okey daa....

Salam....

salam...!

hari mendaftar lambat lagi,20 june 2011......
tak tau nak buat ape dah..haha,
*bunyi memang dah takde kerja lain kat dunia ni*
memandangkan aku rasa tak ade kerja yang nak dibuat,
aku plan nak tengok drama korea.
buka channel 391 KBSW satu hari tu,
tetibe ada pulak cite Boys Over Flowers...
macam best.
tapi.....bukan aku lah kalau nak tengok cite bersiri nie....
tak suka drama bersiri!
lambat!
mengganggu jadual harian!

so,lagi best tengok sekali gus,,
kalau nak tengok sekali gus ada 3 pilihan...

1)tengok dalam website Maaduu.com atau Mysoju.com
2)beli vcd ori punya
3)copy movie dari hard disc kawan2...

aku pilih nombor 2 sebab,,
boleh tengok berulang kali.....he he,,
plus,aku malas nak tanye kawan2 yang ada lambakan movie korea....

************************************************************************

harapannya vcd ori turun harga,maklum ler,BOF drama dah lama,2009...
tapi hampeh,harga vcd tak turun2,,sabar je laaaa.....

yes,this is me.....kalau aku nak sesuatu,memang aku nakkk.......
so,berlabur lah duit untuk vcd ori BOF...layan~....

bila tengok drama BOF tu,baru laahhh aku tahu camne rupa LeeMinHo dan KimHyunJung....itulah nama-nama yang aku selalu dengar time sekolah dulu......
HAHAHA.......*alahai,lambatnya aku*

0oO...ini la LeeMinHo?....hehe


yes,aku tak minat korea,tak kenal pon mane2 artis korea........waktu sekolah dulu aku memang pelik sape yang addict dengan band korea,drama korea,......

ada satu dialog dengan kawan nie....

aku : "mamat2 korea tu bukan kenal korang pun nak love2 buat ape?"
kawan : "alah , macam lah maher zain kenal ko?"
*ceh!,aku pulak yang terkena,hampeh!.....

aku : "best ke korea?"
kawan : "tengok dulu,nanti mesti ko suka.."
*ye laa tu....

***************************************

so,aku dah habis marathon BOF~.....memang marathon lah,,siang malam aku marathon,,
BOF ada.....
5 vcd,
1 vcd ada 5 episode,
satu episod utk 1 jam =
25jam.......haha,,,
memang takde 25 jam.

best ke BOF?
best je...*sambil buat muka takde perasaan*..hehe
memang best pon,aku suka.....heee..


fyi,aku likee gilaaa watak KimHyunJung dalam BOF!!!.....watak Jihoo tu dah pikat hati aku...!
gentleman giler watak dia...kalah hero(LeeMinHo)....hehe,
memandangkan aku kenal KimHyunJung nie 1st dalam drama,so tetibe rasa teruja dia leader band SS501 rupanya.....*memang lambat aku*,,,huh!


apasal lah muka KimHyunJung nie macam muka Nicol Ann David.......sama x?..haha





*OKEY,FINE...AKU TAK RETI SUSUN GAMBAR ELOK2...*_*


aku dah suka la pulak si mamat KimHyunJung....selalu dengar nama mamat nieh tapi baru tahu rupa dia macam mana...bhahaha.....*tak up-to-date langsung aku!........

cantiknya ciptaan Allah,kan........
kalau kat dunia ni dah hensem macam KimHyunJung,,kat Syurga nanti mesti lagi hensem punya!....hehe,so,fikir-fikirkan lah.....hehe


okey..!
peace yo!
Salam...!

salam...

novel.
cuti lama-lama habiskan baca banyak-banyak novel.hee
novel nie ada jenis-jenis nya...
ade yang ilmiah, ade yang picisan (untuk gelak2 je)...hee
kalau yang ilmiah tu memang aku akan khusyuk membaca~...
berguna woo~
sebab aku selalu take notes dan reflect kan dalam diri tentang isi2 novel ilimiah itu a.k.a novel pembangun jiwa...
cewah~...

Novel ni sangat.sangat.sangat.sangat POWER..!..hee



1st impression pasal novel nie..

- cover tak menarik perhatian langsung!...haha..(maaf ye)
- tajuk novel pun macam tak 'clear',samar2....haha...(ramai yang tak tahu makna sinergi)
-comfirm tak ade jiwang...haha

*semua nya persepsi negatif

tapi kawan2 sejati aku punya laa seronok sangat baca...*apehal ntahh..!

so...akhirnya,aku beli juga~~....

komen selepas habis baca novel Sinergi oleh Hilal Asyraf :

-tabikkk laa anda,, wahai Saudara Hilal Asyraf..!!!
-novel nie tak setebal novel Lafazkan Kalimah Cintamu,tapi pengisian nyaaa...perghh,,,sangat banyak..!!!,,,padat..!!!...
-trademark novel nie.."Keimanan Adalah Paksi"------>hampir setiap page ada perkataan IMAN
-BANYAK YANG AKU BELAJAR DARIPADA NOVEL INI......


*baca lahh,rasakannya sendiri....^_^

okeyyy...

salam.

salam......


Tadi saya ke SIS,ada Taklimat Pengajian ke Timur Tengah etc. Jordan,Mesir,Morocco.....

Sebenarnya saja saja teman seorang kawan ni yang nak sgt sgt belajar di Jordan,..Athirah....

Saya mendengar maklumat yang berkaitan sahaja yang selebihnya 'berbincang dengan Sarah tentang teknik menjahit manik pada baju'.....he he he

Berjalan kaki di sekitar SIS ke Taman Cempaka mungkin menjadi kebiasaan bagi pelajar-pelajar Teknik Brash,STAR,SIS,PUO tapi mungkin tidak bagi kami...jauhhh nnnyeee....
*menyesal sekejap tak ambil lesen awal-awal,ahkir bulan 4 baru dpt lesen...hoh!

***************************
Tadi saya melawat seorang cikgu di hospital Ipoh...

Beliau di ICU.

Akibat kemalangan bertembung dengan lori besar.Cerita sebenarnya agak ngeri.

First time pergi wad ICU.

Doktor lelaki yang baik hati benarkan kami lihat cikgu dari dekat tanpa ada halangan pintu atau cermin kaca.Sebab selalunya begitu.

Sangat speechless masuk wad ICU....

Kedua-dua tangan cikgu patah berbalut.Kedua-dua kaki pun masih berbalut.Segala macam mesin dan tiub-tiub berada di sisi cikgu.

Kami bawa buah tangan buah-buahan dalam bakul,beli sama-sama di Pasar Besar Super Kinta.^___^

Sangat sedih!...

p/s....

1)Bersyukur sihat sebelum sakit.Beramal lah sebanyak mungkin semasa masih sihat.

2)Tadi seorang pakcik bertanya waktu otw nak masuk hospital,"eh,ada kuliah ke....?".....
"Kami bukan student Royal Medical Collage lah pakcik..."
*Macam menarik jek....he he he

3)Ahh.....cepat lahhh dapat lesen,tak larat nak naik bas Perak Transit dahh...hu hu...

oke!

wasalam~


Milik-Nya

My Photo
AIYSHAH
IPOH, PERAK, Malaysia
dr. fadzilah kamsah kata..org bertarikh 16 ni..Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu.Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat... +ini kisah benar+
View my complete profile
Powered by Blogger.

Followers