The Soul

Bukalah matamu.Belajar daripada alam sekeliling.

Salam....

petikan daripada blog Fatimah Syarha (www.sebarkanbahagia.blogspot.com)....

‘Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.’ (Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class).



Okey....Jaga diri sungguh-sungguh !
Salam....

Kenapa ?

Salam.....


Mula-mula dulu aku tak faham gila kenapa mereka-mereka rasa malasss sangat nak naik sem baru.....kenapa ??

Dah lama-lama pikir , rasanya mungkin semua orang lain-lain background kot...Mungkin tempat belajar dia jaouhh dari family atau dia rasa pressure dengan subjects yang bakal dia face nanti...Hahaha

Kalau aku dulu malas gila nak naik sekolah sebab pressure dengan subjects berat berat belake , peraturan sekolah lagi...Kantoi betol .....= ="

Itu sekolah dulu .

Sekarang aku rasa bersemangat gila nak naik sem baru....*Sem 2 je pun baru~....Hahaha

Tak...
Bukan apa...
Sebab aku rasa banyak sangat sangat benda lagi aku belum explore....
Dan banyak benda lagi yang aku belum buat....

#Aku belum sempat nak share share banyak benda dengan kawan-kawan sefikrah

#Aku belum jumpa lagi geng geng study circle or bulatan gembira or said as usrah yang memang betul konsep bulatan bahagia. Belum jumpa lagi. Banyak faktor sebenarnya kenapa aku tak jumpa lagi bulatan gembira tu sampai sekarang...Haihh....

#Aku belum sempat nak ikut program surau sepenuhnya .
Alasan ? Keluar makan lapar lah , ada kerja lah , Siang shopping malam tak sempat gi surau......Pergh...Teruk betul aku !

Sebenarnya lepas aku baca 2-3 blog dan 1 video ni , aku tersentap gila .


blog langitilahi
blog angelwearsgucci
blog muharikah

banyak lagi lah .

Tahun 2011 ialah tahun aku jumpa dunia luar lepas 5 tahun jadi budak sekolah .
So, matlamat 2011 aku iaitu nak tengok tengok view view dah settle .
2012 adalah tahun untuk make a move...

InsyaAllah
Moga sentiasa dalam lindunganNya...
Aminn..

Okey..
Jaga diri sungguh sungguh
Salam..




Salam....


Ones yang amat merimaskan akan ku singkirkan dari friendlist Facebook aku .

Hailaaa.....

Merimaskan sangattt...!!!

Pelik gilaa bila tengok manusia kat Fb :::

#Update status nak setiap minit
#Mesti "tag" nama pakwe dia
#Update quotes Bi yang nak best-best entah dari lirik lagu mana-mana entah
#Upload gambar diri sendiri banyak GILA...!!!!.....*over edit .....Geli doe..

The first friend to be unfriend..Yes..YOU...!!!..I dunno who you are...Maybe my bro's schoolmate...

Done
Salam....

Assalam.
Bila lah boleh nyanyi lagu nie dengan feeling nyeerr... HAHA...Eeeww !



Feel free to watch the video below ! Absolutely it's a Beauty !!!


Okey . Jaga diri sungguh-sungguh !
Salam .


Inspiring Hlovate Ever and Ever ! Hehe


Novel Hlovate kali ni bagi aku banyak inspirasi dan idea dan kesedaran . :)
Bagi aku sepatutnya sesiapa yang tengah baca novel-novel Hlovate ni kena ada 2 benda kat sebelah :

1. Highlight ( Nak light kan ayat-ayat yang best )
2. Tafsir AlQuran ( Sebab banyak tafsir ayat AlQuran dalam tu )


Oke . Aku akan list kan seberapa banyak kata-kata Hlovate
yang bagus2 dalam novel Contengan Jalanan ni . Take note ya !

1# The man who decided to change at 12th dies at 11th !



2# Konsep Tanggungjawab kepada Allah macam nie
: Tanggung amanat yang ALLAH kasi kat kita DAN Jawab kat depan Nya nanti .


3# Tak semestinya baca AlQuran kena khatam . Actually kita selalu missing the major point why AlQuran diturunkan....AlQuran sebenarnya untuk difahami , dihayati dan diimplementasi dalam kehidupan...Jangan sekadar khatam AlQuran tapi tak faham apa-apa isinya .


4# Sebenarnya Ramadhan kat Malaysia ni kebanyakannya memang dah jadi satu budaya dan bukan satu ibadah.....*Beli makanan banyak banyakkk kat Bazar *Shopping Raya bak kata Hlovate , Sepatutnya kita kena sangat sangat sangat memanfaatkan Bulan Ramadhan dengan sebaiknya ! ...Rasakan kemanisan Ramadhan itu ! Sangat indah !


5# Kalau baca tafsir jangan selalu letakkan kita dalam ayat-ayat... "hai orang2 beriman" or "wahai orang2 bertaqwa" . Cukup sangat ke amalan kita nak letakkan kita ini di tempat seperti dalam ayat2 tu . Sometimes kita perlu meletakkan diri dalam ayat-ayat yang menceritakan tentang "ahli-ahli neraka , terseksa dalam api neraka" . Bayangkan kita ditempat mereka....Nauzubillah..! Bukan sebab apa , hanya untuk muhasabah dan menginsafi diri sejenak .



6# There's no such thing as 'wrong' in arts , provided that Islam is a given . Read this ! :) Feel free to click the cute art below !

Banyak lagi sebenarnya . Sila lah baca . :)
Jaga diri sungguh-sungguh !
Salam !

Assalam .

Aku yang garang atau depa yang nakal ?

Adoii .

Keadaan camni laa yang kena mengadap bila jadi cikgu nanti . Mungkin .
Pernah tak kau berada dalam keadaan 'Children Are Mess' dan kau rasa macam semua depa buat tak kena dan salah . HAHA .

Ah . Part bergaduh memang aku tak suka . Kalau dalam keadaan macam tu , aku rasa nak je join depa bergaduh dengan jadi backup salah sorang daripada depa . Pastu bertumbuk sekali . Geram betol . Bukan jadi pendamai. Haha . Haru !



"Dik , nak join gaduh boleh tak ?"

Bak kata Ita , Children Is Always Children . Itu hukum alam and rules of life . Kita kena akur . Thats life . Athe the same time kita kena didik . Itu lah namanya teacher .

Sebenarnya ini Hikmah .

Hikmah supaya memujuk diri untuk aku :

lebih BERSABAR sangat sangat .
Juga mengajar aku untuk lebih matang .
lebih pandai psiko budak-budak .
lebih banyak beralah .
lebih pandai melayan budak-budak .
*walaupun sebenarnya aku malas nak layan , layan diri lagi besstt !*




Find something weirdo ?? Oyeah . Perasan tak aku ni bakal cikgu tapi lagak macam tak suka layan budak-budak je....HAHA.

Thats why laaa pengajian aku kat IPG **** (dirahsiakan untuk keselamatan) ada lagi 5 tahun genap2 . So , memang 5 tahun tu aku perlu untuk melatih diri menjadi cikgu nanti . Serius aku bet ! .. Haha ! InsyaAllah .



Oyeah . Jaga diri sungguh-sungguh !
Salam !



Assalam .

Oyeah . Kini aku kembali untuk mengemaskini blog yang biasa-biasa sahaja ini setelah bergelumang dengan urusan-urusan yang lebih penting. Tak disangka-sangka aku baru saja menghabiskan Sem 1 aku di IPG *****(terpaksa dirahsiakan untuk keselamatan).

Lepas aku buat eksperimen , barulah aku tahu 7/10 daripada masyarakat sekeliling tidak mengetahui bahawa pelajar lepasan IPG (maktab perguruan) adalah pelajar ijazah ataupun pelajar degree yang mana selepas tamat belajar mereka berDG 41.............wakaka.*Perlu ke aku cakap benda nie...Haha.

Biarlah si penglipurlara ini memulakan kisah Sem 1 nya di IPG**** selama 6 bulan yang lepas.

Permulaan yang FREAK . Pertengahan yang COOLIO . Ending yang AWESOME .

Frankly speaking, living there is actually a damn much satisfaction and enjoyment . LOL ! Lots of Lovesss .Serious ! . Best .

*THE REST akan aku cerita dalam post seterusnya dengan satu post satu agenda*....

Hidup itu pilihan. Kita boleh pilih mana-mana yang kita suka tapi mesti ada base agama. Well yeah , bak kata Hlovate dalam Contengan Jalanan

, “There’s no such thing as ‘wrong’ in arts, provided that Islam is a given”. Maksudnya tiada yang salah dalam apa yang kita buat termasuk seni asalkan agama Islam jadi asas. Get what I mean yaa.

Kenapa aku cakap pasal pilihan ? Sebab kadang-kadang one day kita terpaksa membuat pilihan yang akan melorongkan kita ke jalan yang orang kata .. “Noboby knows except Allah” Dan bila kita dah pilih lorong itu , kita kena pujuk hati dengan ayat “Let bygone be bygone”.....Hahaha. Bunyi pilu. Bukan apa bak kata Heliza Helmi “Carilah peluang dalam kesempitan” *lebih kurang macam tu laa dia cakap.

Kesimpulannya aku nak cakap apa nieee ?

Sebenarnya aku nak cakap....

Aku seronok dengan life aku sekarang . HAHAHA.

Anda seronok dengan life anda sekarang ? Jika tidak , ceritalah kepada Tuhan. Minta padaNya petunjuk !

Tak kesah lah ke mana pun hala tuju aku dia dan kamu , utara selatan timur barat kanan kiri atas bawah , asalkan agama Islam The Way of Life nie menjadi asas , InshaAllah, you’ll find your way .

***Islam menjadi asas bermaksud ketaatan sepenuhnya kepada Allah Subhanahu waTaala .

Jaga diri sungguh-sungguh!

Salam.

Milik-Nya

My Photo
AIYSHAH
IPOH, PERAK, Malaysia
dr. fadzilah kamsah kata..org bertarikh 16 ni..Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu.Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat... +ini kisah benar+
View my complete profile
Powered by Blogger.

Followers